Default Banner

Town Hall Perkasa Peranan Pejabat Cawangan DBKL Di 11 Kawasan Parlimen Kuala Lumpur

Utama / Berita & Acara / Town Hall Perkasa Peranan Pejabat Cawangan DBKL Di 11 Kawasan Parlimen Kuala Lumpur

October 29th, 2026 by Admin JPRK

Sebagai usaha memperkukuh peranan dan keberkesanan fungsi pejabat cawangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, satu sesi Town Hall bersama pengurus kawasan dan kakitangan pejabat cawangan telah diadakan hari ini bertempat di Auditorium Bandaraya, Menara DBKL 1.

Sesi tersebut menjadi platform komunikasi dua hala antara pengurusan tertinggi DBKL dengan warga kerja pejabat cawangan bagi mendengar aspirasi, pandangan serta cadangan penambahbaikan yang merangkumi aspek kebajikan kakitangan, pengurusan kerja, persekitaran kerja dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada warga kota.

Dalam sesi berkenaan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, turut mendengar secara langsung maklum balas daripada para peserta sebagai input penting dalam memperkukuh pengurusan organisasi serta menangani cabaran yang dihadapi di peringkat operasi.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen DBKL untuk terus memperkukuh komunikasi dalaman, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memastikan pejabat cawangan berupaya memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai penghubung antara DBKL dengan masyarakat setempat.

DBKL komited untuk terus memperkasa warga kerja demi penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan responsif kepada keperluan warga kota.

3. 860805246 1304881958390165 5868580759261603153 n

3. 871182525 1155281863824263 4313430484171488075 n

3. 867662484 2189004235045477 7421752623756963418 n

3. 872109981 2236358026941561 1548908165074850216 n