Default Banner

Turapan Semula Permukaan Jalan Di Underpass Jalan Genting Kelang Siap Dilaksanakan

Utama / Berita & Acara / Turapan Semula Permukaan Jalan Di Underpass Jalan Genting Kelang Siap Dilaksanakan

May 11th, 2026 by Admin JPRK

Bagi meningkatkan kesedaran awam serta mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh di kawasan cerun sekitar Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan Taklimat Kesedaran Awam Cerun di Kuala Lumpur pada pagi ini bertempat di Auditorium Pejabat Cawangan Segambut dengan kehadiran YBhg. Dato’ TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Program ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia serta SlopeWatch Malaysia dalam usaha memperkukuh kefahaman masyarakat berkaitan aspek keselamatan, pemantauan dan penyelenggaraan cerun secara lebih berkesan.

Memasuki tahun ketiga penganjurannya, program ini merupakan siri pertama bagi tahun 2026 dan melibatkan penyertaan penduduk serta komuniti dari kawasan Parlimen Segambut, Kepong, Batu dan Titiwangsa.

Usaha ini akan diteruskan secara berperingkat melibatkan tujuh lagi kawasan Parlimen di Kuala Lumpur sebagai langkah proaktif memperkukuh kesiapsiagaan komuniti serta membudayakan kesedaran terhadap keselamatan cerun di Kuala Lumpur.

2. 692437120 1534404068248277 7013957059058003788 n

2. 694525670 1534404124914938 1093194919838569474 n

2. 693408816 1534404021581615 3474983515767958770 n

2. 694747367 1534403954914955 3769799972005138016 n