Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
December 8th, 2025 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada hari ini telah mengadakan sesi turun padang di beberapa kawasan sekitar Parlimen Cheras bagi meneliti isu penjaja, kebersihan, kemudahan awam dan mitigasi banjir demi kesejahteraan penduduk.
Di PPR Pudu Ulu, isu penjaja tidak tersusun dan limpahan sampah akan ditangani melalui penyusunan semula di bawah konsep Lestari Niaga serta naik taraf rumah sampah bagi memperkemas persekitaran.
Di Taman Kobena, isu struktur terbiar dan persekitaran komersial tidak teratur akan dilaksanakan melalui pembersihan, perobohan dan pembukaan laluan baharu. DBKL turut meninjau Mini Pocket Park @ Jalan Selar di Taman Pertama sebagai ruang rekreasi kejiranan yang telah siap.
DBKL juga akan melaksanakan kerja-kerja mitigasi banjir di kawasan Flat Rajawali dan SkyAman 1 Residence susulan kejadian pada 4 Disember 2025. Tindakan susulan akan diteruskan secara berperingkat bagi meningkatkan kualiti persekitaran komuniti Cheras.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)