Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
December 18th, 2025 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang melaksanakan kerja kerja menaik taraf jalan di sekitar kawasan sekolah bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, terangkum dan mesra pengguna untuk semua.
Sebanyak tiga zon sekolah telah dikenal pasti iaitu di Brickfields, Cochrane dan Bandar Tun Razak yang melibatkan lebih daripada sepuluh buah sekolah. Penambahbaikan infrastruktur yang dilaksanakan merangkumi penyediaan lintasan jalan yang lebih selamat, penaiktarafan laluan pejalan kaki serta pelaksanaan langkah memperlahankan trafik bagi mengurangkan kelajuan kenderaan dan meningkatkan tahap kebolehcapaian khususnya untuk kanak kanak dan golongan orang kurang upaya.
Inisiatif ini menyokong matlamat kerajaan dalam menetapkan had kelajuan tiga puluh kilometer sejam di kawasan sekolah. Usaha ini turut menggalakkan aktiviti berjalan kaki dan berbasikal melalui penyediaan jalan yang lebih selamat dan selesa selari dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar rendah karbon dan berdaya huni.
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)