Dengan segala hormatnya, seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijemput untuk hadir memeriahkan Bazar Buku @ TTDI 2026 anjuran Perpustakaan Kuala Lumpur yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
๐ 23 hingga 25 Oktober 2026 (Jumaat - Ahad) ๐ 9.00 pagi hingga 8.00 malam ๐ Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
Bazar Buku @ TTDI 2026 merupakan program yang menghimpunkan buku, ilmu dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Antara pengisian yang disediakan termasuk jualan buku, sesi bersama penulis, Bicara Keluarga, Bicara Berirama, aktiviti mewarna, kuiz, Info Hunt, Fun Walk, Bintang Kecil Ukulele, sesi fotografi serta pelbagai lagi aktiviti lain yang sesuai untuk semua peringkat usia.
Sehubungan itu, seluruh warga kerja DBKL bersama keluarga dan rakan-rakan amat dialu-alukan untuk hadir memeriahkan Bazar Buku @ TTDI 2026. Jom luangkan masa bersama keluarga, terokai pelbagai pilihan buku dan sertai aktiviti menarik yang disediakan.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Bazar Buku @ TTDI 2026. Kehadiran YBhg. Datuk, Datin, Tuan dan Puan amat dialu-alukan.ย Maklumat lanjut mengenai Bazar Buku @ TTDI 2026 boleh diakses melalui pautan pada poster atau laman sesawang rasmi PKL iaitu perpustakaankualalumpur.dbkl.gov.my
JOM SAMA SAMA MEMERIAHKAN BAZAR BUKU @TTDI 2026.
Sekian, terima kasih. Perpustakaan Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur