Default Banner

Dog License Management

Home / Pet Dog License / Dog License Management

Dog Ownership in High-Rise Residential Buildings (Such as Condominiums or Apartments)

BIL

PERKARA

1.

Dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Pindaan) 2011 UUK 8A ” Anjing kecil di flat” Datuk Bandar boleh membenarkan seekor anjing kecil dipelihara, dilindungi atau disenggara di suatu flat.

2.

Dibawah UUK 2 ( b ) – anjing kecil ertinya mana-mana anjing sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL II :
i. Minature Pinscher
ii. Bichon Frise
iii. Pekingese
iv. Papilon
v. Poodle (Toy)
vi.Japanese Chin
vii. Maltese
viii. Pomeranian
ix. Chihuahua

3.

Dibawah UUK 3 ( 1 ) – Tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana anjing melainkan jika anjing itu dilesenkan menurut Undang-Undang Kecil ini.

4.

Dibawah UUK 3 ( 2 ) – sesuatu permohonan bagi suatu lesen :
( a ) hendaklah dibuat kepada Datuk Bandar mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.
( b ) hendaklah disertakan dengan fi sebanyak sepuluh ringgit

5.

Permohonan untuk lesen anjing kecil hendaklah disertakan bersama surat persetujuan daripada Joint Management Body (JMC) atau Management Corporation (MC) semasa memohon lesen.

6.

Anjing yang dipelihara tidak boleh menimbulkan suatu masalah / kacau ganggu atau mewujudkan sebarang gangguan yang tidak munasabah kepada penghuni lain. Contoh kacau-ganggu adalah seperti :-
1. Anjing yang dipelihara melakukan / menyebabkan kerosakan harta benda awam atau kecerderaan kepada penduduk di bangunan kediaman tersebut.
ii. Anjing yang dipelihara membuat bising secara berterusan (siang atau malam) dan menimbulkan masalah kacau ganggu bunyi bising kepada penduduk setempat .
iii.Anjing yang dipelihara dibiarkan berkeliaran bebas tanpa pengawasan. Anjing yang dipelihara mempamerkan tingkah laku yang agresif atau berbahaya atau mungkin merbahaya.

7.

Anjing yang dipelihara mesti terhad kepada unit pemilik dan tidak dibenarkan berkeliaran bebas.

8.

Pemilik boleh mengambil anjing yang dipelihara keluar dari bangunan tersebut hanya melalui perkhidmatan lif dan anjing yang dipelihara perlu berada dibawah pengawasan / kawalan pemilik setiap masa.

9.

Anjing yang dipelihara tidak dibenarkan untuk kencing atau membuang air besar di kawasan umum. Sekiranya ini berlaku, pemilik perlu bertanggungjawab untuk segera membersihkan selepas haiwan peliharaannya melakukan kesalahan tersebut.

 

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

 

UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN ANJING DAN RUMAH PEMBIAKAN ANJING ( WPKL ) 1991 ( PINDAAN ) 2011
AKTA HAKMILIK STRATA 1985 (AKTA 318)

 

Berdasarkan perkara 6 (d) di dalam Jadual Ketiga Akta Hakmilik Strata 1985 ( Akta 318 ) menyatakan bahawa seseorang pemilik petak tidak boleh memelihara apa-apa binatang dalam petaknya atau harta bersama yang boleh menyebabkan kegusaran kepada mana-mana pemilik lain.

Larangan Terhadap Anjing Terlarang

UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN ANJING DAN RUMAH PEMBIAKAN ANJING ( WPKL ) 1991 ( PINDAAN ) 2011

Dibawah UUK 8B ( 1 ), tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana anjing terlarang.

Undang – Undang kecil 2 ( d ) – anjing terlarang ertinya mana-mana anjing sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL III

Pit Bull Terrier / Pit Bull ( juga dikenali sebagai American Pit Bull, American Pit Bull Terrier, American Staffordshire Terrier dan Stafford Bull Terrier )
1. American Bulldog
2. Neapolitan Mastiff
3. Japanese Tosa
4. Akita
5. Dogo Argentino
6. Fila Braziliero

Dibawah UUK 8B ( 2 ), Datuk Bandar hendaklah menyita dan melupuskan mana-mana anjing terlarang yang dijumpai dimana-mana premis atau dijumpai berkeliaran di tempat awam.

Dibawah UUK 8B ( 3 ), tiada pampasan boleh kena dibayar oleh Datuk Bandar bagi pelupusan anjing itu.

GAMBAR ANJING TERLARANG

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing

AMERICAN BULLDOG

DOGO ARGENTINO

STAFFORD BULL TERRIER

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing

JAPANESE TOSA

AKITA

FILA BRAZILIERO

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing

 

NEAPOLITAN MASTIFF

AMERICAN PITT BULL TERRIER

 


Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

10/05/2025

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)