Default Banner

Aksesibiliti OKU Diperkasa, Tinjauan Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke Brickfields

Home / News & Events / Aksesibiliti OKU Diperkasa, Tinjauan Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke Brickfields

May 31st, 2025 by Admin JPRK

Agenda memperkasa hak dan kemudahan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sentiasa menjadi antara keutamaan yang diberi perhatian serius oleh YBhg. Datoโ€™ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Komitmen ini diterjemahkan menerusi tinjauan langsung beliau terhadap pelaksanaan tindakan penambahbaikan kemudahan aksesibiliti OKU di sekitar kawasan Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini.

Sesi walkabout ini turut dihadiri oleh YB Senator Tuan Isaiah D. Jacob, Ahli Dewan Negara, YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, wakil-wakil jabatan dalaman DBKL, serta wakil pertubuhan OKU.

Antara lokasi yang dilawati ialah Jalan Tun Sambanthan 4, sebahagian Jalan Thambipillay dan Jalan Tun Sambanthan.

Selain meneliti keberfungsian dan keselamatan kemudahan sedia ada, Datuk Bandar turut menyantuni komuniti OKU setempat serta meluangkan masa mendengar sendiri aspirasi, pengalaman dan cadangan mereka berkaitan penambahbaikan infrastruktur di kawasan tersebut.

Segala dapatan sepanjang sesi ini akan dijadikan panduan kepada pelaksanaan tindakan susulan yang lebih menyeluruh dan inklusif selaras dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang benar-benar mesra semua lapisan masyarakat.

501812396 1253296943025659 5543907953501328326 n

502687387 1253296799692340 6142879164566363411 n

502093155 1253296903025663 548615170863188726 n

502001001 1253296929692327 7918215493978749271 n