Default Banner

Bazar Mega Deepavali 2026 Meriahkan Brickfields!

Home / News & Events / Bazar Mega Deepavali 2026 Meriahkan Brickfields!

October 26th, 2026 by Admin JPRK

Majlis Perasmian Bazar Mega Deepavali 2026 Brickfields telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, bagi memeriahkan sambutan perayaan Deepavali di ibu negara.

Berlangsung selama 30 hari bermula 9 Oktober hingga 7 November 2026, bazar ini menyediakan sebanyak 151 petak niaga yang menawarkan pelbagai pilihan makanan, minuman dan barangan keperluan perayaan kepada pengunjung.

Suasana bazar turut diserikan dengan hiasan lampu berwarna-warni serta aktiviti pentas yang menambahkan kemeriahan sambutan. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai juadah, mendapatkan barangan persiapan Deepavali dan merasai sendiri suasana perayaan yang penuh warna-warni di Brickfields.

Penganjuran bazar ini bukan sahaja menghidupkan suasana perayaan di Kuala Lumpur, malah membuka peluang kepada para peniaga untuk menjana pendapatan serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Jom kunjungi Bazar Mega Deepavali 2026 di Brickfields dan bersama-sama merasai kemeriahan sambutan Deepavali di Kuala Lumpur!

1. 828509415 1120610437578342 4102092146660400555 n

1. 861273407 1600644875142455 7700764584351076980 n

1. 862765290 1829110625109874 3798895314292433928 n

1. 865843752 4584224525158796 8254574278313795138 n