December 28th, 2025 by Admin JPRK
Tahukah anda, Tahun Melawat Malaysia (TMM) edisi pertama pada tahun 1990 telah dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur? Detik bersejarah ini menandakan permulaan usaha besar negara memperkenalkan Malaysia kepada dunia, dengan Kuala Lumpur sebagai nadi utama sambutannya.
Kini, lebih tiga dekad berlalu, Malaysia sekali lagi bersedia menyambut dunia menerusi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) edisi keenam kempen pelancongan nasional yang bakal berlangsung tahun hadapan. Kuala Lumpur sebagai ibu negara akan terus menjadi wajah utama, cerminan kemodenan, warisan dan keramahan rakyat Malaysia.
Seiring kemeriahan menyambut pelancong, warga kota Kuala Lumpur khasnya dan rakyat Malaysia amnya diseru untuk bersama-sama:
Menjaga kebersihan bandar dan persekitaran.
Memelihara keindahan serta keharmonian negara.
Mengamalkan nilai murni, sikap mesra dan bertanggungjawab.
Kerana kota yang bersih, indah dan harmoni bukan sekadar tarikan pelancongan, tetapi cerminan jiwa rakyat Malaysia yang beradab, bersatu dan berprinsip.
Ayuh, kita jadikan Kuala Lumpur dan Malaysia sebuah kenangan indah buat dunia.
"Malaysia Truly Asia, Kuala Lumpur Truly Malaysia"
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)