Default Banner

Datuk Bandar Hadir Ke Majlis Pelancaran Inisiatif Infrastruktur Awam Di Semenyih

Home / News & Events / Datuk Bandar Hadir Ke Majlis Pelancaran Inisiatif Infrastruktur Awam Di Semenyih

January 27th, 2026 by Admin JPRK

Pada hari ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Infrastruktur Awam di Semenyih, Selangor yang telah disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Antara fokus utama inisiatif ini ialah pembinaan Jalan Pintasan Semenyih yang dirangka bagi merungkai masalah kesesakan lalu lintas di kawasan setempat. Projek pintasan ini dijangka dapat memendekkan masa perjalanan ke Kuala Lumpur dengan lebih cepat dan selesa, sekali gus meningkatkan kecekapan jaringan perhubungan harian penduduk.

Pembinaan jalan pintasan ini turut mencerminkan visi pembangunan yang lebih inklusif, bukan sahaja dalam memperkukuh mobiliti rakyat, malah sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan sosial jangka panjang di kawasan Semenyih dan sekitarnya.