Default Banner

Datuk Bandar Kuala Lumpur Lepaskan Peserta Larian Santai Integriti 3.0

Home / News & Events / Datuk Bandar Kuala Lumpur Lepaskan Peserta Larian Santai Integriti 3.0

September 28th, 2025 by Admin JPRK

YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini telah melepaskan peserta Larian Santai Integriti 3.0 yang diadakan sempena Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) edisi 28 September 2025 bertempat di Dataran DBKL. Turut hadir adalah YBrs TPj. Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM KL serta YBrs. SAC Muhamad Tarmizi Awang, Timb. Pengarah JIPS, PDRM.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Integriti DBKL sebagai inisiatif memperkukuh budaya kerja berintegriti dan bebas rasuah dalam kalangan warga kerja DBKL. Ia juga bertujuan memupuk semangat kesukanan serta gaya hidup sihat di samping menyemarakkan nilai amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas seharian.

Pelaksanaan program ini turut disertai oleh pelbagai agensi rakan strategik termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta warga DBKL sendiri yang sentiasa komited dalam membudayakan prinsip integriti sebagai teras perkhidmatan.

Melalui penganjuran ini, diharapkan semangat dan nilai integriti akan terus subur dalam kalangan warga kerja DBKL bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berkesan demi kesejahteraan warga kota.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

14/10/2025

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO