June 1st, 2025 by Admin JPRK
Datuk Bandar Kuala Lumpur telah hadir memeriahkan lagi Program Jom Heboh Kuala Lumpur yang berlangsung penuh warna-warni di KL Base, Sungai Besi.
Di acara ini DBKL turut mempomosikan dua program utama iaitu Festival Orkestra Kuala Lumpur (FOKL) 2025 dan KL Park Festival 2025 kepada para pengunjung karnival sebagai sebahagian usaha promosi aktiviti seni, budaya dan kehijauan bandar.
Usaha ini mencerminkan komitmen DBKL dalam memperluas capaian promosi program-program berasaskan seni, budaya dan kehijauan bandar yang dirancang untuk warga kota, selaras dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang berdaya huni, inklusif dan mampan.
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)