Default Banner

DBKL Cemerlang Di Kejohanan Petanque MALA 2026

Home / News & Events / DBKL Cemerlang Di Kejohanan Petanque MALA 2026

April 20th, 2026 by Admin JPRK

Kejohanan Petanque Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2026 yang telah berlangsung di Arena Petanque Taman Kubang Gajah, Temerloh telah menghimpunkan sebanyak 23 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh Malaysia termasuk DBKL, MBSA, MPKS, MP Kuantan, MP Temerloh , MPAJ, MD Cameron Highlands dan MD Lipis.

Kejohanan berpasukan ini mempertandingkan beberapa kategori iaitu Mixed Double, Double Lelaki, Triple Lelaki, Double Wanita dan Triple Wanita, sekali gus menjadi platform persaingan sihat serta memperkukuh hubungan antara PBT di seluruh negeri.

Pasukan DBKL telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan dan berjaya merangkul NAIB JOHAN keseluruhan, sekali gus mengharumkan nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di peringkat nasional.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Petanque DBKL atas komitmen, semangat kesukanan dan pencapaian membanggakan ini.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

26/04/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO