Default Banner

DBKL Kompaun 5 Kontraktor Dalam Ops Korekan Jalan Awam

Home / News & Events / DBKL Kompaun 5 Kontraktor Dalam Ops Korekan Jalan Awam

April 26th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Korekan Jalan Awam Siri 6/2026 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan kawasan sekitar Jalan Dutamas, Jalan Peel, Lebuhraya Bukit Jalil, Persiaran Mewah Bandar Tun Razak bermula pada jam 11.00 malam, Jumaat 24 April 2026 dan berakhir pada jam 3.30 pagi Sabtu 25 April 2026.

Pemantauan dan pemeriksaan dijalankan bagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor semasa pembaikkan atau penyelenggaraan berkaitan pemasangam paip, penurapan jalan, pembaikkan saluran longkang, kerja-kerja utiliti seperti pemasangan atau penyelenggaraan bekalan air, elektrik atau talian telekomunikasi yang gagal mematuhi syarat dan kelulusan kerja di tapak operasi.

Hasil pemeriksaan di 6 buah lokasi sebanyak 8 notis kompaun telah dikeluarkan oleh DBKL ke atas 5 kontraktor pembinaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kesalahan seperti tidak meletakkan lampu blinker jalan, tiada pengawal lalu lintas jalan, menyebabkan kerosakan siar kaki jalan, menutup laluan jalan tanpa kebenaran, lori tiada permit mengangkut bahan binaan dan menyebabkan laluan jalan awam kotor serta lain-lain kesalahan am. Tindakan penguatkuasaan diambil menerusi kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 (01 notis kompaun) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (07 notis kompaun).

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang Aduan atau maklum balas, orang awam boleh salurkan dipautan tertera.

https://adukl.dbkl.gov.my/

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

28/04/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO