Default Banner

DBKL LAKSANA TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN DAN JALAN REMBIA

Home / News & Events / DBKL LAKSANA TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN DAN JALAN REMBIA

March 28th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Rembia pada 27 Mac 2026 bagi memastikan laluan awam sentiasa teratur, selamat dan tidak dihalang oleh sebarang barangan yang diletakkan tanpa kebenaran.

Hasil tindakan yang dijalankan, sebanyak empat tindakan sitaan telah diambil melibatkan barangan yang diletakkan di atas laluan pejalan kaki sehingga mengganggu pergerakan orang awam serta menjejaskan kelancaran laluan tersebut.

DBKL akan terus mempergiat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan penggunaan laluan awam sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

25/04/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO