Default Banner

DBKL Raih Anugerah Local Authority Of The Year 2026

Home / News & Events / DBKL Raih Anugerah Local Authority Of The Year 2026

April 23rd, 2026 by Admin JPRK

Kuala Lumpur terus melakar kejayaan apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Local Authority of the Year sempena The Inaugural RISM Property Surveying Awards 2026.

Pengiktirafan berprestij oleh Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) ini mencerminkan komitmen berterusan DBKL dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memastikan pengurusan aset bandar dilaksanakan secara cekap dan berintegriti.

Anugerah tersebut telah diterima oleh YBrs. Puan Nor Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL mewakili pihak pengurusan DBKL dalam majlis penyampaian yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Kejayaan ini menjadi pemangkin untuk DBKL terus memperkasa perkhidmatan kepada warga kota selaras dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang mampan, berdaya huni dan bertaraf dunia.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

25/04/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO