Default Banner

DBKL Sita Di 10 Rumah Kediaman Jadikan Stor Sayuran Dan Buah-Buahan

Home / News & Events / DBKL Sita Di 10 Rumah Kediaman Jadikan Stor Sayuran Dan Buah-Buahan

May 14th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Tindakan Penguatkuasaan Menukar Kegunaan Bangunan Kediaman (pindah barangan dan peralatan perniagaan) di Jalan Batu Belah dan Taman Batu View, Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Kuala Lumpur pada Selasa 12 Mei 2026.

Tindakan khas ini melibatkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan ke atas 10 buah rumah kediaman yang dijadikan stor simpanan dan barang-barang jualan oleh warga asing melibatkan sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Rumah kediaman ini telah dikesan membuat penukaran kediaman kepada stor simpanan (jualan borong) tanpa Perintah Pembangunan menerusi kesalahan di bawah Seksyen 26, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 1982. Kesemua barangan dan peralatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, barangan am, troli, bakul, penimbang dan lain-lain peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL untuk rekod dan dokumentasi.

Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. DBKL mengingatkan mana-mana pemilik premis atau kediaman agar mematuhi syarat-syarat kegunaan tanah yang telah diluluskan. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut.

background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

23/05/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO