Default Banner

DBKL Tangkap, Dakwa 5 Ulat Parkir

Home / News & Events / DBKL Tangkap, Dakwa 5 Ulat Parkir

April 8th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan Operasi Tindakan Khas Jaga Siri 3 Tahun 2026 di sekitar Jalan Ampang, Jalan Ipoh, Jalan Chan Sow Lin dan Medan Imbi Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis 02 April 2026.

Hasil daripada tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, sejumlah 5 orang terdiri daripada 2 warga negara dan 3 orang bukan warga negara (1 warganegara Bangladesh, 2 warganegara India) telah berjaya ditangkap. Kelima-lima orang yang ditahan telah dibawah ke mahkamah pada Jumaat, 03 April 2026 untuk didakwa dan kesemua individu berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda RM 1,500 seorang menerusi kesalahan yang telah dilakukan dibawah Seksyen 50 (3), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan (hotspot) yang telah dikenalpasti dan sebarang aduan atau maklum balas daripada orang awam boleh disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL yang tertera.

https://adukl.dbkl.gov.my/

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

10/04/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO