Default Banner

DBKL Terima Dua Anugerah Antarabangsa Di WSCE 2025

Home / News & Events / DBKL Terima Dua Anugerah Antarabangsa Di WSCE 2025

July 17th, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima dua anugerah iaitu WSCE 2025 Contribution Award dan Foreign City Award pada 16 Julai 2025 sempena World Smart City Expo (WSCE) 2025 yang berlangsung di BEXCO, Busan Metropolitan City, Korea Selatan.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada YBrs. Puan Nor Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Eksekutif (Pengurusan) yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur, sebagai pengiktirafan terhadap pelaksanaan inisiatif Hab Pustaka KL Digital Madani yang selari dengan tema penganjuran WSCE 2025.

Hab Pustaka KL Digital Madani merupakan inisiatif yang mengintegrasikan ruang fizikal dan digital bagi memperkasa komuniti bandar. Usaha ini menyokong visi jangka panjang Kuala Lumpur dalam memacu urbanisasi pintar melalui penyelesaian digital dan berasaskan ilmu, demi melahirkan generasi masa depan yang bersedia menghadapi cabaran global.

Melalui kolaborasi strategik dan penggunaan data masa nyata, inisiatif ini turut menangani jurang digital serta menggalakkan pertumbuhan bandar yang inklusif dengan memastikan tiada warga kota yang tercicir dalam proses pembangunan.

DBKL akan terus komited memperkukuh agenda bandar pintar yang mampan, inklusif dan berpaksikan teknologi demi kesejahteraan warga kota.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

19/07/2025

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO