Default Banner

DBKL Terima Pengiktirafan Pengurusan Tenaga

Home / News & Events / DBKL Terima Pengiktirafan Pengurusan Tenaga

April 27th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakar kejayaan apabila menerima pengiktirafan dalam Majlis Penganugerahan Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) yang berlangsung di Hotel EQ, Kuala Lumpur.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Dalam majlis berprestij tersebut, Menara 1 DBKL telah menerima Anugerah Penarafan Tiga Bintang, manakala Menara 2 DBKL menerima Anugerah Penarafan Satu Bintang serta Anugerah Khas Penghargaan Komitmen atas usaha berterusan dalam memperkukuh pengurusan tenaga secara mampan dan berkesan. Mewakili DBKL menerima Anugerah Penarafan Tiga Bintang dan Anugerah Khas Penghargaan Komitmen ialah YBrs. Puan Nor Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Eksekutif Pengurusan, manakala Anugerah Penarafan Satu Bintang diterima oleh YBrs. Cik Norhaslinda binti Nordin, Pengarah Jabatan Pentadbiran DBKL.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen DBKL dalam melaksanakan amalan kecekapan tenaga, pengurangan penggunaan sumber secara optimum serta menyokong agenda pembangunan bandar rendah karbon dan lestari.

Kejayaan ini juga menjadi pemangkin untuk DBKL terus memperkasakan inisiatif hijau demi mewujudkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya moden, cekap tenaga dan berdaya huni untuk semua.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

28/04/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO