Default Banner

DBKL Teruskan Tindakan Sita, Kompaun, Serah Notis Mahkamah Terhadap Jurufoto Dalam Ops Lens Sekitar KLCC

Home / News & Events / DBKL Teruskan Tindakan Sita, Kompaun, Serah Notis Mahkamah Terhadap Jurufoto Dalam Ops Lens Sekitar KLCC

April 17th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) terus melaksanakan "Op Lens" Siri 5/2026 di kawasan tumpuan awam sekitar di Pintasan Saloma dan pesiaran KLCC pada Khamis, 16 April 2026.

Operasi bersepadu DBKL, PDRM, JIM dan JPN siri kali ini bagi mengambil tindakan tindakan penguatkuasaan berterusan ke atas kegiatan perkhidmatan fotografi (ulat foto) tanpa kebenaran yang dijalankan di tempat awam. Menerusi operasi besepadu siri kali ini, DBKL mengeluarkan sejumlah 5 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap individu yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran serta membuat 4 sitaan keatas pelbagai peralatan jurufoto menerusi kesalahan dibawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan penyerahan satu notis kepada individu (ulat foto) yang berkenaan untuk hadir bagi tindakan mahkamah yang gagal membayar notis kompaun sebelum ini.

DBKL akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan kekal selamat daripada aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran yang menyalahi undang-undang, menimbulkan risiko keselamatan, kacau ganggu kepada pengunjung termasuk halangan dan kelancaran lalulintas.

Kesemua peralatan berkaitan aktiviti jurufoto yang di sita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tindakan rekod dan dokumentasi lanjut. Sebarang aduan atau maklum balas daripada orang awam boleh terus disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL yang tertera.

https://adukl.dbkl.gov.my/

background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

24/05/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO