August 30th, 2025 by Admin JPRK
Pada hari ini, telah berlangsung Dialog Bandar Raya 2025 edisi Parlimen Segambut di Pusat Komuniti Manjalara dengan kehadiran lebih 500 warga kota. Program ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang berkesempatan mendengar secara langsung isu, cadangan dan aspirasi masyarakat setempat.
Dalam ucapannya, Datuk Bandar menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak boleh dibangunkan oleh DBKL sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak melalui prinsip 4P – Public, Private, People dan Partnership. Beliau turut menegaskan: “Kuala Lumpur ialah rumah kita bersama. Matlamat kita jelas, untuk menjadikan bandar ini bukan sahaja selesa untuk didiami (liveable), tetapi juga bandar yang disayangi (loveable).”
Antara isu yang dibangkitkan termasuklah penambahbaikan infrastruktur, keselamatan jalan raya, penyelenggaraan kemudahan awam, serta pelaksanaan program sosial demi kesejahteraan komuniti. Turut diadakan pameran Program Perdana DBKL, Inisiatif LA21 (Clean & Green), Kuala Lumpur Sifar Sisa (Zero Waste), serta Kaunter Adu@KL yang membolehkan penduduk menyalurkan aduan secara terus kepada DBKL.
DBKL amat menghargai penglibatan aktif warga kota dalam sesi ini yang membuktikan iltizam bersama untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang mampan, sejahtera dan inklusif.
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)