Default Banner

Isu Longgokan Sampah Di Pusat Pemindahan Kuala Lumpur

Home / News & Events / Isu Longgokan Sampah Di Pusat Pemindahan Kuala Lumpur

January 29th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil maklum berhubung isu longgokan sampah yang berlaku di Pusat Pemindahan (Transfer Station) Kuala Lumpur yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan warga kota.

Untuk makluman, isu ini berpunca daripada kerosakan peralatan operasi melibatkan bay platform di Pusat Pemindahan Kuala Lumpur yang mula dikesan pada Disember 2025. Kerosakan tersebut telah menjejaskan kelancaran proses pemindahan sisa pepejal dan berlarutan selama kira-kira satu bulan, sehingga menyebabkan longgokan sampah melebihi 20,000 tan.

Walau bagaimanapun, hasil tinjauan dan pemantauan di lapangan pada hari ini mendapati longgokan sampah tersebut telah diambil tindakan pantas dan berkesan oleh pihak SWCorp melalui langkah-langkah operasi pembersihan dan pemindahan sisa secara berperingkat.

Pada masa ini, kerja-kerja mengangkut sampah dari Pusat Pemindahan Kuala Lumpur ke Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar beroperasi mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini bermakna semua sisa pepejal yang tiba di Pusat Pemindahan Kuala Lumpur kini, dapat diurus dan dihantar ke Bukit Tagar dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan.

Sehubungan itu, DBKL ingin menegaskan bahawa keadaan semasa di Pusat Pemindahan Kuala Lumpur telah kembali seperti sedia kala dan operasi kutipan serta pemindahan sisa pepejal berjalan lancar seperti biasa.

DBKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SWCorp atas tindakan pantas, kerjasama erat dan komitmen tinggi dalam menangani isu ini demi memastikan kesejahteraan dan keselesaan warga Kuala Lumpur terus terpelihara.

 

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

04/02/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO