Default Banner

Isu Mendapan Struktur Terowong Yang Menghubungkan Pekan Batu 5 Dan Kg Seri Delima, Jalan Kepong Lama

Home / News & Events / Isu Mendapan Struktur Terowong Yang Menghubungkan Pekan Batu 5 Dan Kg Seri Delima, Jalan Kepong Lama

May 7th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil maklum berhubung aduan berkaitan mendapan struktur terowong yang menghubungkan Pekan Batu 5 dan Kampung Seri Delima, Jalan Kepong Lama yang tular di media sosial serta dilaporkan oleh media tempatan.

Susulan itu, satu lawatan tapak telah dilaksanakan pada 6 Mei 2026 yang dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama wakil jabatan dalaman DBKL bagi meneliti secara langsung keadaan semasa struktur terowong di lokasi berkenaan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan geseran pada permukaan siling terowong yang dipercayai berpunca daripada pergerakan kenderaan yang melebihi had ketinggian dibenarkan, iaitu melebihi 3.5 meter melalui laluan tersebut.

Bagi memastikan tahap keselamatan struktur sentiasa berada pada tahap optimum, DBKL akan memohon kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan kajian forensik secara terperinci ke atas struktur jambatan dan terowong bagi tujuan penilaian integriti struktur secara menyeluruh.

Dalam masa yang sama, DBKL turut akan menyemak semula had ketinggian kenderaan di sepanjang laluan terowong bagi memastikan kesesuaian laluan serta memperkukuh aspek keselamatan pengguna jalan raya.

DBKL juga akan menyelaras semula kerja-kerja turapan di bawah terowong agar lebih bersesuaian dengan profil siling sedia ada, selain mengemukakan cadangan pemasangan papan tanda had ketinggian baharu dan gantri amaran di laluan masuk ke terowong sebagai langkah pencegahan tambahan.

DBKL komited untuk terus memantau keadaan di lokasi secara berterusan serta mengambil tindakan susulan yang sewajarnya demi memastikan keselamatan awam, kelancaran trafik dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

24/05/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO