December 27th, 2025 by Admin JPRK
Hujung minggu ini, apa kata anda terokai bandar raya kita dengan cara yang santai dan menyeronokkan dengan menaiki KL Hop-On Hop-Off (HOHO), bas dua tingkat open-top yang menawarkan pemandangan 360° Kuala Lumpur!
Dengan laluan yang merangkumi lokasi ikonik seperti KLCC, Menara KL, Dataran Merdeka, Central Market dan banyak lagi, anda bebas turun dan naik bila-bila masa untuk menikmati tarikan menarik di sepanjang perjalanan, sesuai untuk keluarga, warga kota dan pelancong.
‘Day Tour’ : 9.00 pagi – 6.00 petang
Nikmati pengalaman jelajah KL mengikut tempo sendiri. Anda boleh singgah bergambar, makan, membeli-belah atau sekadar jalan santai.
‘Night Tour’ : 8.00 malam
Rasai suasana malam Kuala Lumpur yang memukau menerusi perjalanan 2 jam tanpa henti, menyaksikan kota berkilauan dengan lampu serta panorama yang menakjubkan.
Pengalaman di atas bas terbuka, perjalanan yang selesa dan laluan strategik menjadikan HOHO pilihan terbaik untuk menikmati KL dari perspektif yang berbeza. Jom lepak Kuala Lumpur dan cipta memori baru bersama HOHO minggu ini!
Maklumat lanjut: www.myhoponhopoff.com
Hubungi: 011-1230 5350
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)