Kerja-Kerja Cucian Siar Kaki Dan Pembersihan Tong Roro Di Jalan Masjid India
Home/News & Events/Kerja-Kerja Cucian Siar Kaki Dan Pembersihan Tong Roro Di Jalan Masjid India
March 6th, 2026 by Admin JPRK
Kerja-kerja cucian siar kaki telah dilaksanakan di sekitar Jalan Masjid India pada awal pagi tadi bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan teratur untuk kegunaan warga kota serta pengunjung.
Dalam masa yang sama, kerja-kerja cucian tong RORO di kawasan berkenaan turut dijalankan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan tahap kebersihan persekitaran sentiasa terpelihara.
Kerja-kerja ini merupakan komitmen berterusan dalam memastikan kawasan tumpuan awam sentiasa bersih, indah dan selamat untuk semua.