December 17th, 2025 by Admin JPRK
Kerja-kerja pembersihan jalan telah dilaksanakan di beberapa kawasan tumpuan bandar meliputi Medan Pasar, Jalan Alor serta Lorong Alor, Bukit Bintang.
Pelaksanaan kerja ini melibatkan semburan air di permukaan jalan bagi membersihkan kotoran serta sisa, selain memastikan keadaan jalan dan persekitaran sekitar berada dalam keadaan bersih dan teratur, khususnya di kawasan tumpuan orang awam dan pelancong.
Usaha berterusan ini penting dalam mengekalkan imej bandar yang bersih dan kondusif, sekali gus menyokong keselesaan warga kota serta pengunjung.
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)