February 27th, 2026 by Admin JPRK
Kerja-kerja pembersihan longkang telah dilaksanakan di sekitar Jalan Pekeliling, Jalan Chow Kit, Jalan Bidor dan Jalan Setiawan bagi memastikan sistem saliran berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lancar.
Pembersihan ini melibatkan pengeluaran sisa pepejal, lumpur serta halangan yang boleh menyebabkan aliran air tersekat dan berpotensi mengakibatkan banjir kilat, terutamanya ketika hujan lebat.
Usaha ini akan diteruskan secara berkala demi memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih, selamat dan selesa untuk semua.
Sama-sama kita jaga kebersihan dan elakkan pembuangan sampah ke dalam longkang.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)