January 5th, 2026 by Admin JPRK
Dalam memastikan tahap keselamatan warga kota sentiasa berada pada paras terbaik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membangunkan sebuah sistem lampu jalan bagi melaksanakan pemantauan berterusan terhadap lampu-lampu jalan di seluruh Kuala Lumpur. Sistem ini turut diintegrasikan dengan Kuala Lumpur Command and Control Center (KLCCC) serta aplikasi KL City Manager.
Melalui integrasi tersebut, sebarang maklumat berkaitan kerosakan lampu jalan akan diterima secara masa nyata (real time) menerusi aplikasi berkenaan, di samping dibantu oleh pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) yang turut dijalankan secara berterusan.
Berdasarkan makluman yang diterima, sama ada melalui sistem pemantauan atau aplikasi KL City Manager, tindakan susulan akan diambil dengan segera bagi sebarang aduan di dalam memastikan kawasan terlibat kembali terang, selamat dan selesa untuk kegunaan orang ramai.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)