Default Banner

KL STRIKE FORCE PERANGI ULAT GAMBAR

Home / News & Events / KL STRIKE FORCE PERANGI ULAT GAMBAR

November 22nd, 2025 by Admin JPRK

Dalam satu Operasi Bersepadu yang digerakkan oleh Skuad KL Strike Force dengan penglibatan PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tindakan tegas telah diambil terhadap jurugambar haram serta penjaja air tanpa kebenaran di sekitar KLCC dan Pintasan Saloma. Operasi ini dijalankan bagi memastikan kawasan tumpuan pelancong ini kekal teratur, selamat dan bebas daripada aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam.

Hasil operasi mendapati kegiatan ‘mobilegrapher’ semakin ketara dan mengganggu kelancaran pergerakan pengunjung. Sehubungan itu, pihak DBKL telah melaksanakan 23 tindakan sitaan ke atas peralatan mobilegrapher serta mengeluarkan 23 notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016. Turut diambil tindakan ialah satu kes penjaja air tolak tanpa lesen yang turut disita di bawah peruntukan undang-undang sama.

Kehadiran PDRM dan JPN dalam operasi ini turut memperkukuh aspek keselamatan, pengesahan identiti serta pematuhan undang-undang oleh semua individu di lokasi.

DBKL menyeru orang ramai supaya mematuhi peraturan, tidak menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan menghormati ruang awam demi memastikan Kuala Lumpur kekal aman, teratur dan selesa untuk semua. Tindakan tegas akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa tanpa kompromi.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

09/12/2025

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO