Default Banner

Kuala Lumpur Diiktiraf Bandar Terbaik Bagi Pelancongan Islam & Pengalaman Budaya

Home / News & Events / Kuala Lumpur Diiktiraf Bandar Terbaik Bagi Pelancongan Islam & Pengalaman Budaya

August 26th, 2025 by Admin JPRK

Sempena dengan penganjuran World Islamic Tourism & Trade Awards (WITA) 2025, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima pengiktirafan berprestij apabila dianugerahkan sebagai Bandar Terbaik bagi Pelancongan Islam & Pengalaman Budaya.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam Majlis Anugerah yang berlangsung di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel.

Pengiktirafan ini merupakan cerminan kepada usaha cemerlang DBKL dalam memajukan pelancongan Islam, memupuk keharmonian budaya, serta meletakkan Kuala Lumpur sebagai destinasi bertaraf dunia bagi pengalaman pelancongan mesra Muslim.

Ia bukan sahaja meraikan kejayaan DBKL, malah menjadi simbolik kepada nilai sebenar pelancongan Islam: kecemerlangan, keterangkuman, kelestarian, dan inovasi berteraskan nilai sejagat.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

14/09/2025

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO