Default Banner

Kunjungan Hormat 11 Datuk Bandar Dari Colombia Ke DBKL

Home / News & Events / Kunjungan Hormat 11 Datuk Bandar Dari Colombia Ke DBKL

April 28th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi seramai 11 Datuk Bandar dari Colombia yang mewakili bandar Cajica, Sopo, Gachancipa, Santa Ana, San Pablo De Borbur, Tabio, Cogua, Betania, Hatonuevo, La Virginia dan La Salina ke Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas jaringan kerjasama antara bandar di peringkat antarabangsa.

Delegasi berkenaan telah diraikan oleh YBrs. Tuan Shamshul Joehari bin Zainal Mokhtar, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek (PEPP) yang mewakili DBKL. Turut hadir wakil Kedutaan Colombia ke Malaysia bagi menjayakan kunjungan hormat tersebut.

Sepanjang sesi lawatan, delegasi telah diberikan taklimat mengenai pembangunan bandar raya Kuala Lumpur, tadbir urus bandar, perancangan strategik, pengurusan infrastruktur serta inisiatif kelestarian yang dilaksanakan DBKL dalam usaha menjadikan ibu kota lebih mampan dan berdaya huni.

DBKL komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama bandar-bandar antarabangsa melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik demi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia yang moden, mampan dan inklusif.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

29/04/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO