May 6th, 2026 by Admin JPRK
DBKL dengan kerjasama SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KTMB, FELDA dan Bank Islam Berhad telah menganjurkan Kursus Penyembelihan Halal Berintegriti di Pejabat Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL yang disertai seramai 160 peserta.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai tatacara penyembelihan halal mengikut syariat Islam serta menekankan aspek integriti, amanah dan tanggungjawab dalam pengendalian makanan halal.
Peserta turut didedahkan kepada konsep halal dan haram, kaedah penyembelihan yang sah menurut syarak, aspek kebersihan dan keselamatan makanan serta kepentingan integriti dalam pengurusan penyembelihan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen bersama pelbagai agensi dalam memperkukuhkan budaya integriti dan pematuhan syariah bagi memastikan penyediaan makanan halal yang bersih, selamat dan diyakini masyarakat.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)