Default Banner

Larian Menara Integriti 4.0 Tahun 2026

Home / News & Events / Larian Menara Integriti 4.0 Tahun 2026

September 14th, 2026 by Admin JPRK

Jabatan Integriti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menganjurkan Larian Menara Integriti 4.0 bertempat di Lobi Menara DBKL 2.

Memasuki penganjuran kali keempat, program ini menjadi salah satu inisiatif DBKL dalam memperkukuh pembudayaan integriti menerusi pendekatan yang santai, sihat dan inklusif, selaras dengan tema “Integriti Pemangkin Reformasi DBKL”.

Larian ini melibatkan penyertaan warga DBKL dalam kategori lelaki dan wanita mengikut empat kumpulan umur, iaitu 20–29 tahun, 30–39 tahun, 40–49 tahun dan 50–59 tahun.

Selain menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, program ini turut menyemai semangat kebersamaan, disiplin serta nilai positif dalam kalangan warga DBKL.

Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Semoga penganjuran Larian Menara Integriti 4.0 terus menyemarakkan budaya kerja berintegriti serta memperkukuh usaha reformasi DBKL ke arah organisasi yang lebih telus, berakauntabiliti dan berprestasi tinggi.

1. 807859275 1291502196326108 8214253786924429915 n

1. fir 0154

1. fir 0134

1. 808416333 1728446368437962 7090679516788644549 n