March 17th, 2026 by Admin JPRK
Semalam, YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur Command and Control Center (KLCCC) bagi melihat dengan lebih dekat operasi pemantauan bandar raya Kuala Lumpur.
Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberikan penerangan mengenai fungsi KLCCC yang berperanan sebagai pusat pemantauan bersepadu bandar raya serta bagaimana tindakan secara terus dapat dilaksanakan hasil daripada pemantauan yang dijalankan di pusat ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Melalui penggunaan teknologi dan sistem pemantauan yang menyeluruh, KLCCC membantu memperkukuh kecekapan pengurusan bandar serta memastikan setiap isu yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dapat dikenal pasti dan ditangani dengan lebih pantas dan berkesan.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)