Default Banner

Majlis Clock Out Pegawai Dan Kakitangan Yang Akan Bersara Bil 2/2026

Home / News & Events / Majlis Clock Out Pegawai Dan Kakitangan Yang Akan Bersara Bil 2/2026

March 18th, 2026 by Admin JPRK

Hari ini telah berlangsung Majlis Clock Out Pegawai dan Kakitangan yang Akan Bersara Bil 2/2026 bertempat di Lobi Menara DBKL 1 dalam suasana penuh penghargaan dan rasa terima kasih atas segala jasa serta bakti yang telah dicurahkan.

Seramai tujuh (7) orang pesara telah diraikan atas sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan iaitu:

1) Zainab binti Hamzah – 30 tahun (1996 hingga 2026)

2) Zahiriah binti Mohamad – 30 tahun (1996 hingga 2026)

3) Mohd Ibrahim bin Abdullah – 30 tahun (1996 hingga 2026)

4) Shamsul Hadi bin Abu Yamin – 31 tahun (1995 hingga 2026)

5) Ismail bin Zainal – 34 tahun (1992 hingga 2026)

6) Nor Azizah binti Abdul Aziz – 30 tahun (1996 hingga 2026)

7) Maimoon binti Sajak – 38 tahun (1988 hingga 2026)

Majlis ini menjadi simbol penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen tinggi yang telah diberikan oleh para pesara dalam memastikan kelancaran perkhidmatan bandar raya Kuala Lumpur.

Semoga segala jasa yang dicurahkan menjadi kenangan indah serta inspirasi kepada warga kerja lain untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan semangat. Terima kasih atas segala pengorbanan dan selamat melangkah ke fasa baharu kehidupan.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

19/03/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO