April 22nd, 2026 by Admin JPRK
Pada 20 April 2026, telah berlangsung Majlis Clock Out Pegawai dan Kakitangan yang Akan Bersara Bil 4/2026 bertempat di Ruang Galeri, Menara DBKL 1 sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang telah menamatkan perkhidmatan dengan penuh dedikasi.
Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama pengurusan tertinggi serta Pengarah-Pengarah Jabatan dalaman DBKL bagi menyantuni dan menghargai jasa para pesara.
Seramai 9 orang pegawai dan kakitangan telah diraikan iaitu:
• Ir. Ts. Mohd Lokman bin Mohd Lasim @ Ahmad – 37 tahun (1989 hingga 2026)
• Mohd Azman bin Md. Noh – 38 tahun (1988 hingga 2026)
• Nor Azizah binti Ramli – 30 tahun (1996 hingga 2026)
• Radha Kumari a/p Manokaran – 23 tahun (2003 hingga 2026)
• Muniandy a/l Krishnan – 34 tahun (1992 hingga 2026)
• Noorazita binti Ilham – 29 tahun (1997 hingga 2026)
• Muhamad Rizzal bin Muhamad Khusrin – 25 tahun (2001 hingga 2026)
• Rohaisham bin Mustapha – 27 tahun (1999 hingga 2026)
• Maheswary a/p Suppiah – 30 tahun (1996 hingga 2026)
Majlis ini menjadi simbol penghargaan terhadap jasa dan komitmen tinggi para pesara sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam memastikan kelancaran perkhidmatan bandar raya Kuala Lumpur.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala sumbangan yang telah diberikan. Semoga para pesara terus dirahmati dan menikmati kehidupan baharu dengan penuh ketenangan serta kebahagiaan.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)