Default Banner

Majlis Nur Ramadan Bersama Warga Kerja DBKL Tahun 2026 / 1447H

Home / News & Events / Majlis Nur Ramadan Bersama Warga Kerja DBKL Tahun 2026 / 1447H

March 12th, 2026 by Admin JPRK

Hari ini telah berlangsung Majlis Nur Ramadan bersama warga kerja DBKL bertempat di Dewan Megapuri, Tingkat 30, Menara DBKL 1.

Majlis tersebut menyaksikan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 300 orang penerima yang terdiri daripada warga kerja DBKL yang layak. Sumbangan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama barisan pengurusan tertinggi DBKL sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga kerja.

Setiap penerima turut menerima food pack yang mengandungi barangan makanan asas bagi membantu meringankan perbelanjaan harian serta membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen DBKL dalam menghargai serta menjaga kebajikan warga kerjanya, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

13/03/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO