Default Banner

Majlis Penyampaian Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan

Home / News & Events / Majlis Penyampaian Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan

April 23rd, 2026 by Admin JPRK

Majlis Penyampaian Program Baiti Jannati @ Wil Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Serbaguna Perumahan Awam Desa Rejang, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Program ini merupakan inisiatif berterusan dalam memastikan golongan sasar termasuk B40, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), asnaf serta fakir miskin dapat menikmati kediaman yang lebih selesa, selamat dan berkualiti.

Bagi tahun 2026, sebanyak 20 unit rumah PPR dan Perumahan Awam di bawah seliaan DBKL telah disediakan melalui pembiayaan Tenaga Nasional Berhad (TNB), melibatkan tujuh kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Bandar Tun Razak, Batu, Setiawangsa, Cheras, Lembah Pantai, Bukit Bintang dan Wangsa Maju.

Melalui kerjasama strategik antara pelbagai pihak, program ini bukan sahaja membantu menyediakan kediaman yang lebih baik, malah memberi peluang kepada penerima untuk menjalani kehidupan yang lebih stabil dan selesa.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Abdul Razak bin Abdul Majid, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad; YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YB Ir. Ts. Zahir bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju; YBhg. Datuk Ir. Ts. Shamsul bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad serta YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

25/04/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO