Default Banner

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2026

Home / News & Events / Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2026

March 13th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2026 bertempat di Dewan Perdana Keramat Mall. Majlis ini diadakan bagi menyantuni golongan yang memerlukan dalam suasana penuh keprihatinan serta semangat kebersamaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sebanyak 500 keluarga daripada golongan yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur telah menerima sumbangan wang tunai serta bakul makanan bagi membantu meringankan beban dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan Aidilfitri para penerima serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga kota.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

18/03/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO