DBKL membuktikan komitmennya dalam pembangunan holistik warga kota dengan menekankan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti. Usaha ini diterjemahkan melalui aktiviti pembelajaran luar bilik darjah Tadika Sang Kancil DBKL. Pembelajaran berasaskan pengalaman di mana murid-murid belajar menyayangi hidupan dan alam sekitar secara langsung di Zoo Negara.
Ia adalah pelaburan masa depan ke arah membentuk generasi yang bukan sahaja bijak dan berdaya saing, malah mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap kelestarian alam.
Inilah manifestasi Ihsan Bandar Raya iaitu menyemai ilmu hari ini untuk menuai generasi prihatin hari esok.