Default Banner

Memperkasa Penjaja, Memperkemas Persekitaran Perniagaan Kuala Lumpur

Home / News & Events / Memperkasa Penjaja, Memperkemas Persekitaran Perniagaan Kuala Lumpur

August 10th, 2026 by Admin JPRK

Usaha memperkasa komuniti penjaja terus diperkukuh menerusi penyediaan kemudahan perniagaan yang lebih tersusun, bersih, selesa dan kondusif.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan lawatan tapak ke Gerai Tepi Jalan (GTJ), Jalan Bellamy, Bukit Bintang bagi meninjau perkembangan Kiosk Modular di bawah Program Lestari Niaga 2026.

Turut hadir YB Parlimen Bukit Bintang, Tuan Fong Kui Lun dan YB Parlimen Batu, Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa sektor penjajaan di Kuala Lumpur.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada keadaan kiosk modular, kemudahan, susun atur serta persekitaran tapak bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat memberi manfaat kepada para penjaja dan pengunjung.

Inisiatif Kiosk Modular ini merupakan antara usaha DBKL dalam meningkatkan kualiti persekitaran perniagaan, di samping membantu memperkukuh imej dan daya saing komuniti penjaja.

Bersama Memperkasa Penjaja, Menjayakan Lestari Niaga Kuala Lumpur.

2. 769222557 1613695470319136 7215888600038292730 n

2. 771821319 1613695290319154 700969703451941230 n

2. 771708698 1613695426985807 2636221555663764556 n

2. 769318131 1613695346985815 8611266016716448572 n