May 7th, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Operasi Khas Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di sekitar Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri.
Operasi melibatkan pemeriksaan ke atas 20 premis makanan bagi memastikan tahap pematuhan terhadap larangan merokok di kawasan premis makanan sentiasa dipatuhi demi keselesaan dan kesihatan orang awam.
Sebanyak dua kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan merokok di kawasan larangan premis makanan.
Selain tindakan penguatkuasaan, pendidikan kesihatan serta nasihat turut diberikan kepada wakil premis sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan sedia ada.
DBKL akan terus mempergiat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan awam kekal bersih, sihat dan selesa untuk seluruh warga kota.
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)