Default Banner

Ops Anti Litter – Jalan Bukit Bintang

Home / News & Events / Ops Anti Litter – Jalan Bukit Bintang

January 4th, 2026 by Admin JPRK

DBKL telah melaksanakan Ops Anti Litter di sekitar Jalan Bukit Bintang pada 2 Januari 2026 bermula bagi memastikan tahap kebersihan bandar sentiasa terjaga serta meningkatkan kesedaran orang awam dan peniaga terhadap kepentingan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sepanjang operasi penguatkuasaan ini, sebanyak 5 kompaun telah dikeluarkan melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 47(1)(a) kerana membuang atau menyebabkan pembuangan sampah di kawasan awam.

Selain penguatkuasaan, petugas DBKL turut memberikan teguran dan nasihat kepada orang awam serta peniaga agar tidak membuang sampah merata-rata, tidak menutup laluan longkang, tidak mengalirkan sisa ke jalan awam serta membuang puntung rokok di tong sampah yang disediakan.

DBKL menyeru semua warga kota untuk sama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan persekitaran. Kuala Lumpur ini milik kita bersama jadikan bandar ini bersih, selesa dan membanggakan.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

09/01/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO