Default Banner

OPS Tindakan Khas Larangan Meludah Di Kawasan Bandar

Home / News & Events / OPS Tindakan Khas Larangan Meludah Di Kawasan Bandar

December 24th, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan Ops Tindakan Khas Larangan Meludah di beberapa kawasan tumpuan sekitar bandar raya, antaranya Jalan Kancil, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Lebuh Pudu dan Jalan Petaling.

Operasi ini bertujuan memastikan tahap kebersihan persekitaran sentiasa terpelihara, khususnya di kawasan tumpuan orang ramai. Hasil pemantauan mendapati terdapat kesan ludahan sisa sirih di kaki lima, penutup longkang, tong sampah serta dinding premis yang mencemarkan persekitaran dan menjejaskan imej bandar raya.

Sepanjang operasi dijalankan, tindakan nasihat telah diberikan kepada individu yang dikesan meludah di tempat awam serta pemilik premis agar tidak menjual atau membekalkan bahan berkaitan yang boleh mendorong perlakuan tersebut. Pendekatan ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

DBKL menegaskan bahawa perbuatan meludah di tempat awam merupakan satu kesalahan dan tindakan tegas termasuk penguatkuasaan serta kompaun boleh dikenakan sekiranya kesalahan berulang dikesan. Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan Kuala Lumpur kekal bersih, selesa dan berdaya huni untuk semua.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

07/01/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO