Default Banner

OSC Khas Tidak Lagi Bersidang Di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Home / News & Events / OSC Khas Tidak Lagi Bersidang Di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

June 8th, 2026 by Admin JPRK

​Kerajaan MADANI mengambil langkah proaktif menamatkan peranan OSC Khas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memperkukuh integriti, mengurangkan birokrasi, dan mengelakkan risiko campur tangan luar dalam keputusan pembangunan. Keputusan ini dibuat berdasarkan syor daripada Project Capital, sebuah pasukan petugas di bawah Policy Advisory Committee to the Prime Minister (PMAC). Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Hannah Yeoh pada sidang media yang diadakan, menetapkan untuk tidak lagi memanggil OSC Khas bersidang sepanjang tempoh pentadbirannya dan akan mengemukakan cadangan pemansuhan rasmi kepada Jemaah Menteri. Sidang media ini turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Pengarah Eksekutif Perancangan serta Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL.

​Melalui pelaksanaan ini, semua keputusan perancangan bandar dikembalikan sepenuhnya kepada pegawai berpengalaman DBKL berpandukan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040, undang-undang, dan fakta. Bagi memantapkan sistem penyampaian, SOP dalaman DBKL diperkemas bagi membolehkan kelulusan dibuat seawal 21 hari untuk dokumen yang patuh syarat. Selain itu, satu garis panduan disediakan untuk Ahli Parlimen menyalurkan aduan terus kepada Datuk Bandar, manakala ketelusan awam dipertingkatkan melalui pengenalan Portal OSC untuk pemantauan permohonan pembangunan.