Pasukan Golf DBKL Raih Tempat Ke-4 di Kejohanan MALA 2026, Pamer Semangat Juang Tinggi
Home/News & Events/Pasukan Golf DBKL Raih Tempat Ke-4 di Kejohanan MALA 2026, Pamer Semangat Juang Tinggi
April 22nd, 2026 by Admin JPRK
Pasukan Golf DBKL menamatkan penyertaan dalam Kejohanan MALA 2026 dengan mencatat kedudukan ke-4 bagi acara berpasukan serta ke-9 bagi kategori individu terbuka yang berlangsung di Awana Golf Resort dan Selesa Hillhomes & Golf Club. Penyertaan ini memperlihatkan komitmen dan kesungguhan pasukan dalam memberikan saingan yang kuat sepanjang kejohanan, di samping mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi.
Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Golf DBKL atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan. pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi pada kejohanan akan datang.