Default Banner

Pelan Pengukuhan Peranan Wanita Di Bandar-Bandar Asean Dirasmikan

Home / News & Events / Pelan Pengukuhan Peranan Wanita Di Bandar-Bandar Asean Dirasmikan

August 13th, 2025 by Admin JPRK

YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah merasmikan AURORA – ASEAN Urban Women for Resilience and Transformative Sustainable Actions di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, dalam ucapannya menjelaskan bahawa AURORA merupakan kesinambungan daripada gerakan Women-Led Cities yang dilancarkan oleh UN-Habitat pada tahun 2023, yang memperjuangkan kepimpinan wanita dalam membentuk bandar yang selamat, inklusif dan adil. AURORA disesuaikan mengikut budaya, aspirasi dan realiti ASEAN bagi memastikan wanita bukan sekadar menjadi peserta, tetapi turut menjadi peneraju dalam merencana masa depan bandar.

Inisiatif ini berteraskan lima tonggak strategik iaitu tadbir urus dan kepimpinan inklusif, perancangan bandar responsif gender, ketahanan bandar dan keadilan iklim, ruang awam yang selamat dan berdaya, serta inovasi dengan pembelajaran bersama.

Majlis ini turut disertai dengan sesi forum khas yang membincangkan peranan wanita dalam kepimpinan bandar, pembangunan inklusif serta strategi memperkukuh jaringan serantau wanita berpengaruh di ASEAN. Forum ini menampilkan barisan panelis iaitu YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Presiden Women Economic Forum ASEAN 2025; dan YBrs. Tuan Alkaf Abdillah Suffian, bekas Senator Parlimen Malaysia.

Melalui platform ini, DBKL bersama rakan strategik ASEAN berhasrat memperluaskan jaringan wanita berpengaruh dalam kepimpinan bandar, memperkukuh dasar berasaskan kesaksamaan gender serta menggandakan inovasi yang diterajui wanita. Datuk Bandar Kuala Lumpur menegaskan bahawa apabila wanita bangkit, bandar akan berkembang, dan apabila bandar berkembang, ASEAN akan makmur.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

14/09/2025

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO