Default Banner

Penurapan Jalan PA Dan PPR Seliaan DBKL Diperluas Di Seluruh Kuala Lumpur

Home / News & Events / Penurapan Jalan PA Dan PPR Seliaan DBKL Diperluas Di Seluruh Kuala Lumpur

March 16th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan kerja penurapan jalan secara menyeluruh di semua 51 kawasan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seliaan DBKL di seluruh Kuala Lumpur.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada peruntukan RM300 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan PA dan PPR pada tahun 2026, sekali gus menjadi pelaksanaan berskala besar pertama melibatkan penurapan jalan di kawasan perumahan tersebut.

Bagi suku pertama tahun ini, kerja penurapan telah siap dilaksanakan di tujuh lokasi iaitu PPR Beringin, PPR Wahyu, PPR Gombak Setia, PPR Hiliran Ampang, PPR Air Panas, PA Hang Tuah dan PA Seri Perlis 1.

Selain itu, kerja penurapan turut sedang dilaksanakan di PPR Sungai Bonus dan PPR Seri Malaysia.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan DBKL dalam memastikan warga PA dan PPR menikmati persekitaran kediaman yang lebih selesa, selamat dan berkualiti selaras dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang inklusif dan sejahtera untuk semua.