Default Banner

Pesona Malam di Borneo Flora Festival @ Labuan 2025

Home / News & Events / Pesona Malam di Borneo Flora Festival @ Labuan 2025

July 28th, 2025 by Admin JPRK

Bila malam menjelma, kawasan landskap di Borneo Flora Festival @ 2025 (BFF2025) berubah menjadi alam magis yang diterangi ribuan lampu warna-warni berkilauan. Setiap bahagian dan sudut taman dihiasi pancaran cahaya yang mencipta suasana menawan dan penuh warna-warni umpama melangkah ke dalam dunia fantasi flora.

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, Isteri TYT Yang di-Dipertua Negeri Sarawak, YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YBhg. Puan Sri Maheran Jamil, isteri Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Datoโ€™ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur menikmati suasana malam di laman landskap BFF2025.

Pokok-pokok hiasan seperti Philodendron, Palma, dan orkid-orkid eksotik bersinar lembut di bawah limpahan lampu yang artistik. Bunga-bungaan tampak semakin anggun disimbah cahaya bervariasi warna.

Mari singgah ke Taman Lumora DBKL di Borneo Flora Festival 2025 @ Labuan.

1. 523427694 1297167371971949 6195168350399785390 n

1. 523668558 1297167295305290 6366006614472795137 n

1. 524327341 1297167325305287 6815042805700044050 n

1. 524853980 1297167278638625 7791686147129156743 n